MENGUMPULKAN INFORMASI-INFORMASI MENGENAI PENYAKIT DENGGI YANG DIPETIK DARIPADA PELBAGAI SUMBER UNTUK DIKONGSI BERSAMA PEMBACA PORTAL PATROL DENGGI SEKOLAH KEBANGSAAN WAKAF RAJA.
NYAMUK AEDES
SUMBER PETIKAN: LAMAN WEB RASMI JABATAN KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN (JPNNS)
(http://jknns.moh.gov.my/v1/index.php/mengenai-kami/latar-belakang/pengenalan?id=198)
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.
Tabiat nyamuk aedes
- Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
- Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
- Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah
Tempat pembiakan nyamuk aedes
Dalam Rumah :
- Akuarium
- Perangkap semut
- Timba
- Kolam (Kolah) mandi
- Tempat air peti sejuk
- Tempayan
Luar Rumah :
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Botol/gelas pecah yang mengandungi air
- Salur air hujan
- Tempayan
- Pokok pisang
- Pokok keladi
- Longkang yang tersekat
- Tangki septik (terdedah)
No comments:
Post a Comment